Pages

October 29, 2010

McLaren tu sama dengan McFlurry?

Tukang quote: Izzati Komander Kesatria

Notes: Izzati memang suka samakan

semua benda dengan makanan!

Hey. McLaren tu team F1 lah!!

October 25, 2010

20


First Semester 5 Hotel Management Final Paper.
Hospitality Sales and Marketing. Great nyeeerr~
Beli brg utk adik kecik di Sains Tengku Abdullah; Amir.
Katanya utk sesi tukar hadiah dan hari jadi kawan.
Kakak yang baik kan tolong beli & poskan :)
Beli mug aiskrim gila comel dgn keychain colourful.
Ouuuh ya, selendang tu sama mcm hadiah Wiwin.
Cuma warnanya berbeza za za. Oyasumi Nasai!




October 21, 2010

24


Nota Auni basah. Cmah tak angkat call.
Sliding door tak tutup. Baju Kak Mida lencun.
Utara burger lambat siap. Irfan budak comel.
Share mee goreng dengan Auni ngan Mashi.
Tapi perut masih sakit tak henti-henti :(

♥


Pergilah tepi tingkap. Amik angin.
Takpelah. Dah sapu ubat. Nanti ok lah.
Pergilah sekejap. Sekejap je. Please~

And the drama begins. LOVE :)

October 16, 2010

29 & 28


Hujung minggu terbaik.
Tolong komander bersolek.
Anak kucing beranak dalam loker.
Prebet gi Jusco RM10; RM2 sorang.
Pak cik kentang gulung2 amek gambar.
Beli barang online ramai-ramai.
Gelak, gelak, gelak, sakit perut.
Ouh housemates, thanks!

Repeat after me,
Kak Mida, oh Kak Mida :)

30


Hari Jumaat ada class tambahan (kot)
dengan En Asyraf. Class supervision.
Dalam kelas, ada 7 orang, mmg terbaik.
Aku dok menyembang jeh dengan Zayana.

Haha. Habis kelas, berhimpit turun ke lobby.
Makan di hotel sekali lagi for lunch.
Satu table dengan Eryn, Dean and Ef.
Seronok, teruja satu meja dengan Dean.
Mmg tu yang aku nak pun. Huu.

Tapi satu table lain tak cukup orang.
Pn N panggil aku, chacha and Papa.
Terpaksalah bergerak dengan lemah longlai.
Tapi aku untunglah, dapat soft rolls dgn mocktail lg.
Dan Papa tak habis2 dengan MEOW dia!

Malamnya, tengok cerita The Child's Eye.
Dan makan di Tomyam belakang Nashmir.
Seronok sangat. Kau faham kan ZAYANA? Haha.

31


Kami Hoteliers busy dengan test lagi.
Haha. Test Supervision dan Event Mgt.
Nak termuntah dah asyik belajar non stop.
Sampai hafal point bagai nak rak,
tapi tajuknya apa, tak ingat pulak!

Dan dan dan kami ada meeting HATSS.
Perletakan jawatan sebagai AJK HATSS.
Sedih sangat bila dengar Pn N cakap,
Dengan ini, dengan rasminya,
ajk HATSS yang lama dibubarkan :(

Best part for today, study group!
With Shaz, Ef, Helmy and Papa at level 6.
The best part, after meeting we just have 1 hour
to study and Shaz and me didn't study anything yet!
So the solution, everyone take one chapter,
and explain to all! Tapi of course tak dpt fhm,
so we all go through chapter by chapter,
semua cakap kuat-kuat, bagi example bukan2.
Macam, oh ni macam cara-cara nak cr gf (papa),
oh, ni ingat tangan yana terbakar (shaz),
oh ni macam bot perhentian tuh (ef)
Haha. Syok study group. Thanks dearest!

Malamnya, konvoi ke Wan Zai dengan classmates.
Aku, Shaz, Ika, Wiwin, Dean, Ezany, Ef,
Bong, Yana, Cepa, Papa, Kak Mas, Akif,
Abg Akif, Chacha, Am, Farith, Helmy.
First aku makan situ. First time naik Annabella.
Annabella tu haiwan besar. Berat. Chacha yang bawak.
Seronok. Angin sepoi2 bahasa je. Hee.
Dieorang proceed dengan gi karaoke pulak.
Tapi aku ngan Dean bertolak balik ke Mutiara terus.
Nak dinner lagi! Nyum2, sedap ikan tu! Thanks Yana!

October 14, 2010

Kenangan


Smlm aku terjumpa kwn lama di YM. Acoi Section 5.
Sembang2, dapat link blog dia. Baca2 terjumpa post ni.
Enjoy reading. Kenangan yg xkan aku lupakan.
Al-Fatihah utk Arwah Syamil & Arwah Ilyas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Saya nak cerita pasal Arwah Syamil dan Arwah Ilyas .
Mungkin kawan kawan rapat saya , dah tahu cerita nie
sebab saya selalu citer pasal dorang , kat kawan kawan rapat saya .

Cerita nyer begini , Pada pagi hari pemergian dorang ,
saya ingat lagi time tuh , Arwah Syamil tak datang sekolah .
Saya , Faizey dan Arwah Ilyas , kasi vandelisme
satu bilik darjah nie hahaaa ' sebab hari tuh , last day kitorang sekolah ,
exam semua dah abes . baik nyer , kita pecahkan semua benda
dalam kelas tuhh , syiling semua rabak ' hahaaaaa !
Pastuh ,dah ahh balik awal , nyanyi kuat kuat , ader budak sekolah
tengah exam lagi , bengang jer tengok kitorang . hahaaaaa '

And then , Faizey ngan Ilyas , nak pegi rumah Syamil .
Saya balik dulu , mandi mandi , makan makan jap .
( rumah dekat jer kan ) Pastuh , cam petang sket ,
Syamil call , ajak pegi bengkel , amek motor dier .

Pastuh datang ahh , lepak lepak rumah dier sat ,
hantar budak budak lain balik , pastuh bawak dier pegi bengkel .
Selepas dah amek motor dier tuh , kitorang pon jalan jalan
sekitar wangsa maju pastuh dier cakap ,
"coi , jom pegi rumah baru aku , dah lawa dahh "
saya pon pegi lahh ikut dier , memang lawa . tapi sayangg ,
dier tak sempat duduk pun rumah tuh .

hmm , pastuh jalan jalan dalam rumah dier . dah nak balik dahh
time tuhh nak maghrib , buka puasa pulakk time tuh . keluar jer ,
dier boleh cakap , "coi , lepak sini jap , sini angin best , nyaman jer "
tak penah syamil ajak camnie kann , tapi selamba jer lahh ,
lepak ahh sat . balik terus buka puasa ' Alhamdulillah ,
buka puasa sudah pun selesai , standard ahh ,
saya menjalankan aktiviti menjual mercun , hahaa '

Jalan jalan , sekali Syamil ngan Ilyas pon ader .
Selalu nyer , dorang kutuk kutuk saya , sebab jual mercun
nie tak , hari tuh , dorang siap tolong saya jual mercun lagi .
Siap main main mercun depan rumah black kan . Meriah gakk hari tuh .
Pastuh last sekali , saya ingat , kitorang bertiga jer yang tinggal
masa tuh dekat depan lojing heights , bakar mercun thunder clap ,
tiba tiba kereta keluar dari simpang POMMM !
Mercun tuh meletup depan kereta tuh .
Dorang pon kelam kabut ahh , "blah coi , blah "

Saya teramat lah sedih ,
kerana itu lah kata kata terakhir dorang kat saya .

Pastuh , dorang bawak motor tak ingat nyer laju ,
tinggalkan saya . Sepatut nyer , saya ikut syamil ,
pegi hantar Ilyas kat sek.6 , tapi sebab dorang tinggalkan ,
so , saya terus ahh balik rumah .

Balik balik , tinggalkan semua barang kat bilik ,
phone wallet semua turun bawah , tengok tv , citer School of Rock .
Habis dalam pukul 12 gak ahh , sekali naik atas nak tidur
tengok tengok , 16 missed calls . Orang yang tak berapa rapat pon
ader tuh , agak pelik ahh kan . pastuh call ahh sorang kan ,
helmy kot. call call ,

Acoi - ' Asal mi ? '
Helmy - ' Wei , aku kat ampang puteri nie .
Syamil ngan Ilyas dah meninggal dowh '
Acoi - ' kau biar betol ? aku baru lepak ngan dorang tadi '
Helmy - ' betol coi , ramai budak dah kat sini , kau datang ahh dowh '
Acoi - ' okayokay '

Naik atas terus , kejut parents kan .
' Mak , acoi nak pegi ampang puteri , kawan acoi meninggal ! '
Pastuh terus gerak naik motor , kelajuan 140 km/h .
Jalan kat tempat kejadian , memang banyak darah ,
memang penuh ngan orang ramai . So , memang betol cerita helmy tuhh .

Saya meneruskan perjalanan , sampai sampai tengok syazwan ,
abang arwah syamil , tengah menangis . Tengok kawan kawan semua ,
ader yang menangis , ader yang muka sedih .
Tengok , jenazah arwah syamil , memang sayu rasa nyer .

Pastuh , kawan kawan ajak pegi GH pulak , (general hospital)
sebab arwah Ilyas dekat situ , pegi lah ke sana pula .
Tengok jenazah arwah ilyas , memang nak menangis ,
tapi tak terkeluar air mata .

Balik balik , saya ngan megat , naik motor pergi ke tempat kejadian .
Memang bau darah still kuat , walaupun, bomba dah sembur
tempat tuh . Rasa sayu giler malam tuh , diam jer . hiba '
Pastuh balik , makan sahur pon , macam nak tanak jer .
Keluar balik , pegi lepak rumah kawan ,
terkenang kembali kenangan manis bersama Arwah .

Pagi tuh , memang sibuk sangat , sekejap rumah syamil ,
sekejap rumah ilyas . Sekali , jenazah Arwah Ilyas dibawa dulu ,
so , tengok jenazah diangkat. fikir , kita tak akan dapat
berjumpa lagi di alam ini . memang sedih .

Selepas selesai , pegi ke rumah Arwah Syamil ,
ibu bapa syamil baru saja kembali dari new york ,
dan , kalau korang tengok muka ibu arwah syamil masa tuh ,
memang sayu sangat sangat . Kerana Syamil amat rapat dgn ibu nyer .
Melihat jenazah arwah syamil diangkat bawa masuk kedalam van ,
time tuh , time tuh lahh saya jadi sebak sangat ,
dan dah tak tahan nangis ahhh . Sampai ader sorang sedara arwah ,
yang saya kenal , tenangkan saya .

Sembahyang jenazah , kat surau sek.5 , ader cikgu yang nampak
saya nangis , kawan kawan lain pon ader yang nangis .
Saya tak kisah , sebab itu kawan saya !
dan saya tak dapat lihat dier lagi selepas ini !

lepas selesai sembahyang jenazah , pegi ke tanah perkuburan danau kota
Arwah ilyas ditanam di tanah perkuburan selayang .
masa tuh semua tak berlesen , so susah nak pegi jauh jauh .
tapi Alhamdulillah , kitorang kawan kawan dier ,
penah pergi beramai ramai ke kubur Arwah Ilyas membaca kan yassin .
Syukur '

Pastuh , selepas dah selesai tanam .
kitorang siram kubur Arwah Syamil .
selesai semua , saya dan sedara arwah nie , naik motor sekali
minyak habis pulakk , kena tolak nasib baik dekat jer .
Balik balik , terus tidur sebab dah 36 jam tak tidur ,
bangun bangun , terus berbuka '

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Panjang tak entry ni? Yes it is. Masa kejadian ni,
aku di sekolah teknik. NASIB curik2 bawak hp.
dapat tau arwah meninggal malam kejadian jugak.
Menangis. Tak berhenti malam tu. Teresak2 dlm dorm.

Arwah Ilyas mmg rapat jugak dengan aku dulu.
Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.
Dulu pernah mintak arwah topupkan digi untuk aku.
Haha. Sayang arwah sangat. Kawan-kawan yang baik.

This is my first experience losing a friend. Two friends.
In one incident. Terkejut. Hilang sekelip mata.
17 October 2010- genap 5 tahun arwah pergi.
5 tahun dah. Rasa sekejap sangat. Rindu mereka.
Arwah meninggal waktu bulan puasa. Bulan Mulia.


From left, Arwah Syamil, Arwah Ilyas, Acoi.

Ayat Acoi lagi:

Sekarang nie saya lihat , banyak yang bergaduh sana ,
bergaduh sini sesama kawan sendiri .
Ader yang dulu rapat giler giler ,
skang dah jadi musuh paling ketat kat dunia nie .
Korang sendiri tahu aper masalah nyer .
Slow talk , jalan penyelesaian .

Kepada semua ,
kawan lah seikhlas yang boleh , jaga lah kawan korang ,
jaga lah hati kawan korang , biler dier dah hilang satu hari nanti ,
baru korang sedar , betapa besarnya kehilangan tuh ,
betapa bermaknanyer kawan korang tuh .

October 13, 2010

33 & 32


Ouh farah, semalam tak update yea.
Hee, sibuk sikit semalam. Ada 2 test.
Dan juga satu presentation, Marketing.
Sudah je presentation group aku tadi,
seronok gila tido dengan Shaz dalam kelas.
Sejok, selesa, mmg nyenyak. Maaf Chacha, Akif.
Kiteorang tak tengok presentation group korang!

Semalam dengan harini seronok lagi.
Dapat dinner kat hotel dgn kawan-kawan.
Lit bit sad for today looking at the faces of them.
Faces of friends. Hoteliers friends. Classmates.
Gelak tawa dieorang tadi, merepek-merapu tadi.
Haha. Sangat comel nyanyi lagu happy b'day.
Ramai-ramai nyanyi macam biasa.
Plus kenakan lecturer jugak. Seronok sangat!

And untuk Eryn, congratulations!
Happy 2 years anniversary my dear!

October 12, 2010

34


Tak sempat lagi menulis sebelum pukul 12.
Naik bus UiTM yang paling last, 11.45.
Geram & kecewa Utara Burger tak bukak,
so malam ni makan kebab je dgn Shaz.

So, today class Customer Service best.
Miss Ferial sangat cantik bila tak ikat rambut.
Merepek+gelak dengan Dean and Ef lagi,
sambil buat past year and revision chp 1-10.
Bong tak habis2 kena sakat dalam kelas.
Shaz kata, dia sapukan ubat untuk Yana,
teman Yana lepas DL semalam. Romantik :)

Petang kelas ETR. Takada kelas pun.
Just sign attendance and nyanyi lagu ramai2.
Harini b'day Dr Bad, Pqah and Emy.
Pqah suap kek coklat utk satu kelas. Nyummy!

Kelakar waktu malam afta open book test Mrktg,
aku, Shaz, Papa, Farith and Helmy ada meeting.
Sampai pukul 11. Pastu terkencing-kencing takut.
Haha. Semua dah gelap. Dieorang buat lawak.
Kak Long (hantu), Abg Ngah (pocong), Boyot (toyol).
Bongok sangat. Sampai ke bus dieorang citer hantu.
Naik bus, ada 4 orang je. Helmy dok cakap:
bayangkan pintu tertutup, bayangkan ada org kt blkg,
bygkan driver tiba2 ada. bayangkan Shaz takada.
Adoy. Helmy cakap besar! Dia pun takut!

October 10, 2010

35


Bersama kawan-kawan lagi. Seronok.
Hari Anugerah Dekan untuk fakulti aku.
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Kawan terbaik di Penang, Azwin Amyra @ Wiwin :)

Ala-ala cover untuk Gadis Melayu.
Sorang-sorang kena eliminate nanti. Haha.
Wiwin, Tyca, Chacha, Kaisya,
Alesya, Diba, Kedah. Comel!

Dah banyak kali buat di Hydro Hotel,
tapi first time kiteorang bergambar di bridge.
From left, Kedah, Ef, Dean, Alesya, Chacha
Kaisya, Diba, Wiwin, Farith, Bong, Papa.

And the best student for Hotel Management,
again goes to Papa, Iylia Kamal Mustafa Kamal :)

October 9, 2010

36


Tengahari hari ke-36 ada class ganti Cust. Service.
Pukul 12 sampai 3 tapi pukul 11.15 da turun.
Gi makan kat kedai dalam Mutiara dengan Dean, Eryn, Ika.
Makan ayam goreng panas. Sedap gila!
Eryn makan bihun dengan lauk yang untuk nasi.
Haha. Pelik gila. Lepas makan, Dean kena makan ubat.
And terserempak dengan Shaz, Wiwin, Ikha.
Eryn ajak naik sekali, den go to class.

Dalam class, Ef pakai baju kuning jugak.
Sama dengan aku and Ikha. Kami duduk belah kiri.
Belah kanan ramai pakai warna merah.
Termasuk Chacha dengan baju yang SANGAT cantik!
Wiwin cakap dah macam team selangor dah. Haha.

Balik, gi melawat Yana kat KPJ. Operate kulit tangan.
Teruk jugak. Nampak banyak kulit tangan. Kesian.
Tapi mama dia ada jugak. And bong pun ada teman.
Insyaallah dia boleh sihat. 10 minit sebelum balik,
kiteorang bagi peluang Bong berdua dengan Yana.
Tutup langsir semua. Papa cakap, kalau ada pape, jerit.
Haha. Balik dengan Idzmeer and terus basuh baju :)

37


Penat sungguh semalam. Gerun pun ada jugak.
ETR Young Entrepreneur 2010 UiTM Penang.
Booth kami, SHIFF Enterprise xmenjual apa pun.
Cuma ada sample kerepek labu dengan hiasan labu.
Jadilah, yang penting, presentation, panel puas hati.

Awal2 pagi, Dean mengomel Eryn datang lambat.
Risau jugak sebab booth ETR tak sempat nak hias lagi.
Tup-tup Eryn sampai, dia bercerita pulak pasal pak guard.
Dekat2 UiTM, nampak Ezany and jemput naik kete sekali.

Masuk LP, istighfar dulu. Penuh, sesak, padat, sempit!
Haha. Aku makin takut bila tengok booth orang lain grand2.
Teruskan sesi menghias dengan Papa, Helmy and Farith.
Gantung labu, pasang lilin untuk bekas pumpkin.
Syok sangat. Dah habis hias, jalan2 dengan Shaz.
Makan-makan, ngumpat-ngumpat sikit. Hee.

Overall, hari ke-37 dapat dihabiskan dengan kawan-kawan.
Sepanjang hari sampailah ke Mutiara. Seronok sangat.
Walaupun ada satu perasaan tiba-tiba muncul petang tu,
tapi biarlah. Aku ada kawan sendiri, dia bukan kawan aku.
Semua orang sayang dia sebab kejayaan dia. So, go ahead.
Aku tak harapkan perhatian macam tu. Sebab, aku tak layak.
Harap-harap hari ke-36 tak akan dipenuhi dengan muka dia :)

October 7, 2010

38


Sesak sangat hari ni. Banyak benda nak buat.
Aku beli Palmolive warna Pink untuk dia.
Tergerak hati nak tolong belikan sebab di Jusco tadi.
Beli 1 selendang cantik untuk Wiwin. B'day present :)

Hari ni, aku berjalan kaki dari Zammas ke Jusco.
Merepek di bawah panas dengan Shaz, Papa dan Helmy.
Oh, pagi tu di kelas, aku makan ice cream strawberry sedap.
Kumpulan chacha punya. Tapi aku muntah bila makan sagu tu.
Hee. Aku marah Yana bila dah keluar kelas. Tangan teruk.
Aku pulak yang risau bukan main. Nasib Iza ada :)

Aku jumpa Dean kat Zammas. Rindu nak sembang dengan dia.
Sebab sibuk, banyak benda tertangguh. Event, ETR, test.
Malam ni nak buat last preparation untuk ETR.
Harap-harap hari ke-37 esok membawa sinar :)

39


Ouh, semalam hari yang ke-39.
Saya belanja oblong ayam dan ketiaw kungfu.
Apa nak dibuat pada hari ke-38 pulak ya :)

October 2, 2010

Tadi~


Event One Hope One Love 2010.
Thanks classmate. Thanks sangat2.
Kita dah berjaya elokkan balik rumah kak yati.
Bayangkan beberapa ribu ringgit tu,
kita habiskan untuk semua keperluan kak yati.
Malah ada simpanan utk 2,3 bulan akan dtg.

Tapi, aku nak mintak maaf untuk:
1)Wiwin-sebab aku banyak songeh pasal duit.
2)Helmy-aku kejan2 pasal tikar getah.
3)Am-aku dok salah faham pasal jual beli perabot.
4)Chepa-aku complain pasal barang-barang.
5)Farith-aku bising pasal langsir tak cukup.
6)Kakanda-complain banyak pasal toilet, mat dapur.
7)Papa-dia tak amek tau pasal publisiti awal2 tuh.
8)Kak mas-saya argue pasal hal air kordial tadi.
9)Kaisya-kena tolong susun kasut dalam hujan.
10)Alyn-terpaksa tolong angkat beg baju yang berat.
11)Idzmeer-aku mintak tolong amek air kat baiduri.
12)Chacha-aku cakap banyak pasal paku untuk cermin.
13)Kak Ida-saya bising mintak check barang fasiliti.
14)Mawi-kena marah sebab bangun lewat tadi.
15)Bong-kena tegur pasal dah order pasir, simen ke belum.

Aku tak dapat ingat apa-apa yang lain.
Tapi aku tau, sebenarnya dalam menjayakan benda ni,
banyak benda yang aku demand dari korang.
But thanks for the memory. Aku bersyukur ada korang.
Baik buruk korang, koranglah yang rapat dengan aku.
Koranglah tulang belakang utk program ni.
Aku sayang korang. Thanks untuk kejayaan ni!