July 30, 2011
Berakhir.
Pagi tadi Wangsa Maju hujan. Rintik-rintik sekejap, lebat sekejap. Tapi sampai ke tengahari terus hujan.
Masjid Wangsa Melawati dah penuh orang. Aku, ibu dan ayah pun turut serta. Jenazah Wardah akan dimandikan, dikafankan dan disembahyang di sini.
Pilu. Hiba. Sebak.
Waktu Widad genggam tangan aku dan tersedu-sedu. Waktu tengok wajah Wardah buat kali terakhir sebelum dikafankan. Waktu jenazah diangkat dan diletakkan di dalam van jenazah.
Aku dan Ida teman Widad cium Wardah buat kali terakhir. Aku menangis jugak. Sebab keadaan fizikal Wardah lain selepas rumah dia terbakar tu. Lain sangat.
Astaghfiruallahal'azim
Terkilan sebab tak dapat turut serta ke kubur. Tapi cukuplah dengan kehadiran aku dan keluarga tadi. Semoga Wardah ditempatkan dikalangan orang beriman, Insyaallah.
July 29, 2011
29 Julai 2011.
Pukul 6.40 petang. Hospital Kuala Lumpur. Wardah disahkan meninggal dunia.
Innalillahi Wa Innailaharojiun.
P/S: Seorang lagi sahabat telah bertemu denganNya.
July 28, 2011
Bencana.
Hari tu ibu telefon banyak kali tanya ada dengar bomba, polis dengan ambulans tak dekat kawasan rumah tu. Aku dengan yakin berkata tidak. Yelah tengah bergelumang dengan butter, telur dan mixer di dapur, memang tak dengar lah.
Sekali lagi ibu call, aku dengan kaki ayam keluar rumah suruh ibu dengar sendiri. Heh, tak ada bunyi apa pun. Ada dengar adik si Hasif sebelah rumah tengah nyanyi lagu Lazy dengan semangatnya aje.
Ibu tak puas hati call lagi suruh aku gi tengok row belakang rumah aku, nampak tak segala jentera hebat tu. Yes, setelah disiasat, ada satu kereta bomba yang besar, 2 polis naik motor aje dan ambulans lampu lip lap tanpa bunyi.
Itu rumah Aizatul Widad dan Aizatul Wardah.
Kawan sekolah aku dulu. Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya.
Rumah atas dieorang terbakar. Bilik belakang tu, Wardah duduk. Dia main dengan api lebih kurang macam tu, pastu terbakar, pastu kena kat dia. Belakang badan dia terbakar. Almost 90%. Tangan kanan dia pun kena. And doctor suruh potong sebab nak elak kena Gangrene.
Gangrene is a serious and potentially life-threaring condition that arises when a considerable mass of body tissue dies (necrosis) - Wiki.
Dan rupanya..
Wardah sakit. Dah lama dah. Dia tak dapat belajar. Ada benda kacau dia. Mungkin di luar kawalan dia untuk start up the fire sampai jadi macam ni. Kesian kat dia, dah tak sihat, ditambah bencana macam ni pulak.
Teringat dulu-dulu..
Aku, Reniqa, Ida, Maisarah, Widad main masak-masak. Sikat-sikat rambut, main mekap-mekap. Jual aiskrim, bukak kedai tipu-tipu depan rumah, main Rounders kat padang. Pastu Wardah datang nak join jugak. Wardah muda setahun. Kadang-kadang kiteorang malas nak layan. Hehe.
Semoga family Widad terus tabah menjaga Wardah. Semoga Wardah cepat sembuh.
P/S: Ibu cakap Wardah cantik, pandai, lengkap semua.
July 26, 2011
July 23, 2011
Afraid.
I really put my effort towards this little stuff, my second blog. I add up a new page on top that contains some knowledge that I should learn and memorize from now on.
About something that going to happen in future. Something that will make me a stronger person. Maybe. I am not sure about that. But these things going to change my life for a moment. It will change my whole life and I cannot expect anything from myself. Am I going to do well, or am I going to give up?
Herm.
Idk..
I start to think about it when I saw the calendar. How fast the time flies. I wish I can stop the time or just fast forward it. Because in the middle of time, something going to happen to me.
Right after the lepak-ing session and some long serious conversation with the gf, Hanis, I cannot stop myself from searching all of the stuffs needed from Google. Copy, paste into the new page for second blog. And try to understand it well. I start to compare the review that I read and make the conclusion. I simplify it for easy understanding in the new page.
Seriously.
And actually.
I am afraid of future.
I don't have that confidence. Am I be able to go through all of the circumstances that will happen in my way? Or I will stuck in the middle of the problems and will cry all night long?
Today is 23rd July. Fasting on 1st August. Then later, it is the day. Day that change my life. I cannot hold my tears. I just too scared to face the future. Ramadhan is just a bless month but why this should happens in the same month?
This will be hard for me.
July 20, 2011
July 19, 2011
Baik ke.
Semua orang pernah buat benda baik kat orang lain. Belanja sarapan, temankan pergi cucuk duit, tolong belikan topup, sapukan ubat bila sakit, bayarkan dulu duit naik bus 702 balik kampus. Haha. Terimbau pulak time kat Penang.
Kalau orang buat baik kat kita, apa yang kita kena buat?
Balas balik?
Do the same thing?
Enough by saying thank you?
Takpun wat bodoh je, dah dia yang nak buat.
Kerap sangat orang tua-tua cakap, kalau buat baik, nanti kita akan dibalas baik. Buat jahat, akan dibalas jahat. Nadia selalu ingatkan aku, kalau kita buat baik, don't expect that particular person will do the same thing back for us. And tak semestinya mereka akan balas benda tu at that moment atau bila-bila pun.
Why?
Erm.
Sebab Nadia cakap..
Orang tak sama. Rambut aje hitamnya sama-sama, tapi hati semua lain-lain. Kalau kita buat baik kat orang mana-mana pun, jiran ke, kawan baru ke, oh mungkin kat haiwan jugak ke, atau nenek yang sedang melintas jalan ke, tak semestinya mereka akan memberi respone yang akan menyedapkan hati kita.
Kenapa tak sedap?
Dah orang buat baik, balas je lah kan.
But, actually..
Once we did something for others, even tough just one sentence of advice, we must do it sincerely. Melayunya, ikhlas. Dengan niat yang baik, untuk menggembirakan hatinya, untuk menyenangkan kerjanya, untuk membuatkan dia lebih bahagia dengan hidup.
Cuba bayangkan, kalau kita bagi hadiah kat kawan. Pos lah konon-konon. Yelah, duit lebih kan nak belanja kawan. Pastu dia tak cakap seronok pun bila dapat hadiah tu. Dia just cakap thank you, lepas tu tak cakap pun nanti nak pos hadiah balik kat kita.
Pathetic sangat tu kalau berharap.
Cuba fikir macam ni..
Aku ikhlas belikan kat dia dengan duit lebih yang aku ada. Harap dia suka hadiah aku. Thank you yang dia ucapkan tu sendiri dah membawa 1001 maksud. Aku harap sangat hari-hari dia akan terus ceria dengan hadiah yang aku bagi tu.
Ha, comel sikit kan camni. Hehe.
Dan kita mungkin tak tau..
Cara kawan kita menghargai barang yang kita bagi tu adalah dengan cakap terima kasih. Dan tu je benda yang dia mampu buat. Ha, boleh jadi jugak. Same goes to other things lah. Bagi kita, bila dah temankan gi toilet, tandanya friends forever. Padahal untuk kawan kita tu, gi toilet sebab nak buang air je.
See, orang lain-lain. Pemahaman lain-lain.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Kita jangan jadi baik sangat. Nanti orang pijak kepala kita. Tu yang Si Jejaka selalu tegur aku. Jangan sebab orang lain, kita je yang asyik kena berkorban. Jangan sebab hal kehidupan dia, kita pulak kena korbankan apa yang kita dah ada. Macam askar-askar pulak berkorban korban. Haha.
Buat baik untuk semua.
Mana tau nanti dia tolong kita balik.
Semua orang pun kena terus buat baik. Dapat pahala tau. Lagi-lagi lepas Nisfu Syaaban, kita dah dapat buku baru. Buku lama, dah diangkat ke atas. Aku tak sure buku tu sedang dinilai oleh Allah atau disimpan oleh Malaikat. Ilmu tak cukup lagi. Maaf.
Cuba bayangkan, kalau kita bagi hadiah kat kawan. Pos lah konon-konon. Yelah, duit lebih kan nak belanja kawan. Pastu dia tak cakap seronok pun bila dapat hadiah tu. Dia just cakap thank you, lepas tu tak cakap pun nanti nak pos hadiah balik kat kita.
Pathetic sangat tu kalau berharap.
Cuba fikir macam ni..
Aku ikhlas belikan kat dia dengan duit lebih yang aku ada. Harap dia suka hadiah aku. Thank you yang dia ucapkan tu sendiri dah membawa 1001 maksud. Aku harap sangat hari-hari dia akan terus ceria dengan hadiah yang aku bagi tu.
Ha, comel sikit kan camni. Hehe.
Dan kita mungkin tak tau..
Cara kawan kita menghargai barang yang kita bagi tu adalah dengan cakap terima kasih. Dan tu je benda yang dia mampu buat. Ha, boleh jadi jugak. Same goes to other things lah. Bagi kita, bila dah temankan gi toilet, tandanya friends forever. Padahal untuk kawan kita tu, gi toilet sebab nak buang air je.
See, orang lain-lain. Pemahaman lain-lain.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Kita jangan jadi baik sangat. Nanti orang pijak kepala kita. Tu yang Si Jejaka selalu tegur aku. Jangan sebab orang lain, kita je yang asyik kena berkorban. Jangan sebab hal kehidupan dia, kita pulak kena korbankan apa yang kita dah ada. Macam askar-askar pulak berkorban korban. Haha.
Buat baik untuk semua.
Mana tau nanti dia tolong kita balik.
Semua orang pun kena terus buat baik. Dapat pahala tau. Lagi-lagi lepas Nisfu Syaaban, kita dah dapat buku baru. Buku lama, dah diangkat ke atas. Aku tak sure buku tu sedang dinilai oleh Allah atau disimpan oleh Malaikat. Ilmu tak cukup lagi. Maaf.
Biar kita bahagiakan dan senangkan orang lain dulu sekarang. Sampai masa kita nanti, mungkin kita adalah orang yang paling bahagia di dunia :)
P/S: Ya, aku makin suka tulis panjang-panjang.
July 18, 2011
3D pulak.
This is what I am waiting for. Glee 3D Concert Movie. 12 August. Time bulan puasa. Hehe. Compilation concert mereka macam cerita This Is It Micheal Jackson tu. Keterujaan sangat melampau tak sabar nak tunggu bulan August! Mesti syok sangat dapat tengok muka Si Boyfriend besar-besar dalam hall cinema nanti. Syok, syok, syok!
And recently, lagu Teenage Dream nyanyian si Boyfriend Darren Criss and team, The Warblers dah diiktiraf mendapat emas sebab mencapai jualan 500,000. Tapi lagu dia hak len pun sedap heh. Macam When I Get You Alone dengan Misery. Tahniah The Warblers!
July 17, 2011
July 16, 2011
Camana lagi.
Degustation tukar lagi. Tiba-tiba dah bosan lagi. Long time ago pernah buat background pokok duit-duit. Teyha suka sangat. Tapi sekarang malas nak fancy-fancy. Amik kat blogger template senang. Haha. IT tak IT sangat lah.
So today, I went out with Zaty and Khai.
Dah ajak family Mutiararians semua tapi ada yang kerja, ada yang senyap seribu bahasa. Last-last tinggal bertiga, but it was fun. Rindu semua. I wish dapat jumpa Nyah sebab last time jumpa kat food court Kristal pastu tak sempat nak hye Nyah pastu Nyah buat muka macam membawa maksud 'Oh, ko tak jumpa aku pun Farah'. Haha. Sorry Nyah!
Tadi just pusing KLCC dan gelak sangat kuat sampai malu-malu tapi gelak je peduli apa. Haha. Join that Graduan Aspirasi, Karnival Kerjaya tapi sedikit kecewa sebab they focus more on after Degree punya future plan. So, just jalan-jalan budget cam 'aku dah Master beb' dengan mereka and stop kat booth Loreal. Amoi tu cakap, Under Loreal ada 15 brands yang dieorang jaga such as Garnier, Maybelline, Shu Uemura etc. Fuh, baru tau.
The best part of the day.
1st time ever solat dekat Masjid KLCC. It was nice. Sangat. Deco dalam dia simple aja. Biasa lah semua masjid pun ada chandelier besar kat tengah. Tapi cuba gi PI UiTM Penang. Dia letak 2 helicopter besar. Time terawikh memang kusyuk sampai kadang-kadang mata pun tertutup-tutup :) Ada foreigners datang pakai jubah biru. Tengok interior of the mosque. Bila dia dah bukak jubah, sekali skirt pendek fuh, seksi gitu :)
Yang lagi best bila..
14 years old girl sesat kt KLCC, mintak nak pinjam phone sebab tak jumpa bf, tup tup bf ada dekat Pavi, dia tak tau jalan and all of us, pergilah menghantar budak tu sampai ke sana. Haha. Khai kena call bf budak tu and menyamar jadi kakak tapi bila dah sampai Pavi budak tu cm ngendeng-ngendeng kat Zaty suruh Zaty yang jadi kakak pulak. Macam-macam. Until now, kiteorang still risau dekat budak kecik tu. Sebab bf dia macam 'tak boleh diharap' punya style. Harap-harap nothing happens to her.
And, I just miss writing.
Like a very long essay that we used to do in Part 3 for BEL. Ataupun macam jawapan CTU yang lagi panjang lagi banyak markah dapat. Haha. I'll do it in my own way. Tak ada siapa pun yang baca blog ni pastu macam nak kecoh kat semua budget cam diri ni artis. Haha. Budget icon dalam dunia alam maya. Padahal Facebook pun tak ada. Rilex aje :)
July 13, 2011
Gembira berduka.
Dah dekat 21 tahun hidup di bumi Allah, Alhamdulillah.
Banyak benda dah jadi dari kecik sampai sekarang.
Dari tadika, sek rendah, sek menengah dan universiti.
Dari tak reti nak berfikir sampai dah penat nak fikir.
Gembira, suka, gelak, tawa, riang, bahagia.
Siapa yang nak lupa bila dah rasa macam ni.
Kalau boleh nak record pada setiap masa.
Tak nak lupa satu pun sebab sangat beharga.
Sedih, menangis, terasa, menyakitkan hati, duka lara.
Siapa yang nak ingat bila dah rasa macam ni kan.
Tak nak record pun, siap nak permanently delete lagi.
Tak nak ingat satu pun sebab tak berguna.
Tapi tak aci lah kalau asyik nak bahagia dan gembira je.
Nanti macam tak stable kan. Berat sebelah pulak.
Trylah to accept the other side of life, yang tak seronok tu.
Cuba menerima dengan hati yang sangat sangat terbuka.
Sebab, bila kita menerima yang tak syok sangat tu,
Kita sebenarnya tengah mencabar diri kita sendiri tau.
Untuk menjadi orang baru yang orang lain tak jangka :)
P/S: For you, just stop from hating me.
Sebabnya I neeever hate you pun. Chill lah :)
July 11, 2011
Rewind : OPKIM Balik Pulau.
![]() |
| MMS from Syuhada this evening. |
Ni kami la Syuhada yang Kak Farah
mai sekolah petang tu at Sungai Pinang.
Kami rasa Kak Farah ada gambar kami.
![]() |
| Syuhada the smallest one. |
![]() |
| Hasna, one of the kembar (Ayu/Ati), Tok and me. |
![]() |
| We shared the same Tok with Safwan and Abg Ezat. |
![]() |
| Family angkat Abg Ayob bagi hadiah in Snow White Goodies Bag :p |
![]() |
| Syok sangat. Sampai hanyut tupperware. |
Siapa yang join sekali mesti ingat moments ni.
Gotong royong lukis mural kat dinding sekolah.
Jadi fasilitator, buat persembahan, BBQ lagi.
Angkat ke, tak angkat ke, keluarga tetap keluarga :)
July 10, 2011
Setahun Jagung.
Akmal yang sibuk mengalahkan Birthday Girl.
Eizzatul dapat hadiah kuda/keldai hehe.
Boleh menyanyi, ada jambul dengan ekor lagi.
Aku bagi hadiah bola besar dan baju Minnie.
Eizzatul ganas sikit. Influence drpd 3 abang dia.
Paling kelakar bila Eizzatul nangis tgk lilin menyala :)
July 6, 2011
Rumah Sewa.
Tapi Alhamdulillah dah jumpa rumah sewa.
Apa pun kena gi tengok dulu weekend ni.
Syok gila sebab ada lif and guard jaga.
Bunyi cam selamat sikit sebab tak biasa kan.
Harap-harap rumah tu menepati citarasa kiteorang.
So Hoteliers yang dari Penang dah berpecah-pecah.
Ada jugak yang aku tak tau mereka dapat mana.
Hotel Management Shah Alam :
Farith, Chepa, Bong, Shaz, Cha, Kak Ida, Kak Faz,
Aku, Yana, Wiwin, Pika, Tirah, Fatin, Alisya.
Mascom Shah Alam : Dean.
Journalism Shah Alam : Amin.
Event Management Shah Alam : Eryn
Human Resource Puncak Alam : Akma.
Hotel Management Penang :
Mira, Ganu, Wan, Izza, Akif, Syed.
Human Resource Perlis : Emy, Kedah.
Meneruskan alam pekerjaan : Jali, Am.
At the same time ada plan jugak nak duduk kolej.
Mashi ajak sebab Huda tiap-tiap sem duduk dalam.
Syok jugak, nanti mana tau ada chance jadi MPP.
Hehe. Mashi plan nak masuk taekwando pulak.
Dia nak jadi JPK Kolej jugak katanya nanti.
Huda sekarang dah jadi Sekreteriat MPP. Menarik.
July 1, 2011
Degree.
HM220
Sepenuh Masa
Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Pengurusan Hotel)
Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan
B-UiTM Shah Alam
Yea, Alhamdulillah dapat sambung degree.
Seronok dapat duduk dekat dengan rumah.
Lagi seronok sebab dekat dengan Nadia_Ikan.
EM220
Sepenuh Masa
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
B-UiTM Shah Alam
Tapi sayang Si Jejaka tak dapat join sekali.
Tidak boleh lunch sama-sama hari-hari. Hee.
Tapi takpe, Mak dah pesan kalau lapar datang rumah!
Terima Kasih.
Ika Hoteliers.
Yana Hoteliers.
Nadia Sains Geomatik.
Mai Food Service.
Hafiz Tourism.
Izzat Pharmacy.
Azrul Mechanical.
Farith Hoteliers.
Farith Hoteliers.
Wani UniKL.
Hanis HUKM.
Terima kasih untuk masa yang kalian berikan.
Untuk mendengar segala perasaan dalam diri ini.
Sampai bila pun aku sayang korang. Terima kasih kawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)











