July 28, 2012
7 tahun.
Bangun pagi, susah hati. Cepat-cepat buka blog entry 6 tahun untuk ingat balik memori.
Semalam, aku mimpi arwah Ilyas dan Syamil. Nampak jelas sangat arwah Ilyas gelak ketawa dengan aku dan Syafiq. Nampak jelas sangat latar belakang NZ lama depan sekolah dengan air segala. Nampak arwah Ilyas bergurau dengan Syafiq untuk kenakan aku.
Bulan Ramadhan, semakin kuat ingatan aku kat arwah. 7 tahun, lama dah arwah pergi.
Aku cuba catit sedikit info kali ni tentang kematian arwah berdua. Takut-takut masa akan datang, aku akan lupa. Tapi doa dalam hati, jangan lupa semua ini.
Tarikh kembali ke rahmatullah: 17 Oktober 2006 / 25 Ramadhan 1427
No Lot Kubur Arwah: Ilyas Tanah Perkuburan Selayang 1928 & Syamil A683
P/S: Aku menangis baca semua post Syafiq pasal arwah. Ya, kawan selamanya. Al-Fatihah.
July 24, 2012
Welcome!
So Dean Geyer will be joining Glee for the new season as new crush for Rachel Berry. Well actually aku tak kisah pun sebab dia tak dak kena mengena dengan Darren Criss but yeah, dia hensem kot kalau rambut pendek plus suara dia pun not bad lah kalau nak compare dengan si Jessie dulu tu. And ada jugak adik Puckerman, muka dia macam nak Latin sikit.
This September, Glee Season 4. Tak sabaq :)
Published with Blogger-droid v2.0.6
July 22, 2012
Ibu.
Balik kampung tapi bukan dengan ibu. Rasa pelik sebab every single things pun macam nak kena refer dekat ibu balik. Yang paling obvious bila lepas mandi dok tercari-cari ibu sebab nak tanya baju kotor nak kena letak mana padahal dah terang-benderang ada bakul baju kat tepi tandas tu.
And bila sehari sebelum puasa tu aku call ibu sebab nak tanya niat puasa dan terawikh buat macam I never knew it before sampai kena gelak dengan budak-budak kecik tu.
Bila waktu kenduri, aku rasa malu sangat nak jumpa orang kampung sebab dah lama tak balik then aku terus call ibu and tanya nak buat macam mana sebab rasa lost sangat.
Nak hidup jauh dari ibu pun payah. Apatah lagi nak hidup berdikari besar nanti. Eyh, sekarang tak cukup besar lagi ek. Hehe.
P/S: Ya Allah, panjangkan umur ibu, ayah, mak ikan, ibu ikan dan semua yang disayangi <3
And bila sehari sebelum puasa tu aku call ibu sebab nak tanya niat puasa dan terawikh buat macam I never knew it before sampai kena gelak dengan budak-budak kecik tu.
Bila waktu kenduri, aku rasa malu sangat nak jumpa orang kampung sebab dah lama tak balik then aku terus call ibu and tanya nak buat macam mana sebab rasa lost sangat.
Nak hidup jauh dari ibu pun payah. Apatah lagi nak hidup berdikari besar nanti. Eyh, sekarang tak cukup besar lagi ek. Hehe.
P/S: Ya Allah, panjangkan umur ibu, ayah, mak ikan, ibu ikan dan semua yang disayangi <3
July 18, 2012
Felix.
Kata orang tua-tua, masa itu emas. Pejam celik, pejam celik, cepat je masa akan berlalu. Samalah jugak dengan duration selama 7 hari. Yang mungkin tak lama kalau disebut banyak-banyak kali tapi realitinya, mungkin rindu yang menanti.
Well setakat ni banyak jugak tempat makan yang dah disebut-sebut sebagai tempat menggemukkan badan. Tak payah berangan nak diet :) Restoran Intai-Intai, Roti Canai Taman Melawati, Jus Ahmad kot, Roti Canai Longkang, Kadir, Restoran Ulam and many more. Rasanya waktu makan je waktu paling heaven untuk lepak sambil bagi Felix the Cat makan udang dan sotong yang pedas dengan kuah tomyam.
P/S: Baru sudah hujan. Jalan basah. Elok untuk ****t. Tapi puasa-puasa tak boleh dah :)
July 15, 2012
July 8, 2012
High School.
Siapa sangka, kenangan zaman sekolah menengah adalah satu zaman yang sangat manis untuk dikenangkan kembali. Dan siapa sangka, zaman persekolahan itu yang membuatkan kita bertaut kembali.
Selamat berkenalan, Hi, saya Farah :)
July 6, 2012
July 5, 2012
Exam.
Hari first pergi final exam, rasa cuak sangat sebab first time jawab dekat hall Puncak Alam. Dalam kereta dok cakap banyak kali dengan Yana dah bawak ke tak calculator, slip exam, matric card bagai. Dah sampai kampus, rupa-rupanya baru tau depan bangunan FF2 tu parking untuk student dan situ jugaklah tempat untuk jawab final exam.
Dah keluar dari lif, nampak ramai muka kawan-kawan. Dari kelas lain pun ada. Kak Mila batch Food Service pun ada dengan Kak Ika semua. Duduk bersidai tepi Lab QMT tak sangka pulak depan tu pintu untuk masuk hall exam.
Masuk je hall, aku sempat cakap depan invigilator tu, besarnya hall. Aku tunggu jugak kot-kot dia nak check jaket dengan cardigan yang semua pakai tapi tak ada. Dah duduk semua aku tunggu jugak kalau invigilator nak check matric card dengan slip exam tapi tak ada jugak pun. Bila dah jawab exam baru sedar, sebenarnya tempat tu tak seronok macam hall Penang pun.
Exam dekat Puncak Alam tak best. Yang sama dengan Penang hanyalah ada ketua yang akan baca doa waktu sebelum masuk hall. Farith yang lead. Alhamdulillah bila kawan-kawan dari Penang still boleh gather luar dewan dan aminkan doa sama-sama.
Rindu nak ada dengan semua. Ingat lagi waktu dekat Penang, sebelum masuk exam, satu batch kumpul ramai-ramai, aminkan doa yang Syed lead. Ingat lagi ramai-ramai berkumpul depan dewan baru bersembang bergelak ketawa. Ingat lagi bila dah habis exam ramai-ramai jalan kaki gi bumbung kuning makan sampai penuh kawasan tu.
Seronok sangat dengan semua yang dah ada kat Penang. 3 tahun dengan kawan-kawan dari group lain-lain tapi ajaib bila semua boleh jadi satu family besar. Seronok bila sampai sekarang pun, semua cuba nak kekalkan ukhwah tu, macam apa yang Pika cakap.
P/S: Afiy ada cakap-cakap lepas paper tadi, ada majlis berbuka puasa untuk batch. Dengar je pun dah seronok. Harap-harap jadilah nanti :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

