Pages

July 30, 2011

Berakhir.


Pagi tadi Wangsa Maju hujan. Rintik-rintik sekejap, lebat sekejap. Tapi sampai ke tengahari terus hujan.

Masjid Wangsa Melawati dah penuh orang. Aku, ibu dan ayah pun turut serta. Jenazah Wardah akan dimandikan, dikafankan dan disembahyang di sini.

Pilu. Hiba. Sebak.

Waktu Widad genggam tangan aku dan tersedu-sedu. Waktu tengok wajah Wardah buat kali terakhir sebelum dikafankan. Waktu jenazah diangkat dan diletakkan di dalam van jenazah.

Aku dan Ida teman Widad cium Wardah buat kali terakhir. Aku menangis jugak. Sebab keadaan fizikal Wardah lain selepas rumah dia terbakar tu. Lain sangat.

Astaghfiruallahal'azim

Terkilan sebab tak dapat turut serta ke kubur. Tapi cukuplah dengan kehadiran aku dan keluarga tadi. Semoga Wardah ditempatkan dikalangan orang beriman, Insyaallah.