Pages

June 11, 2010

MyLiveSignature.


Yeay, tadi main-main dengan MyLive Signature
Sebab tadi pergi kat blog kawan, cantik je jadi.
So, aku pun menggatal lah nak buat satu.
Hahaha. Tada, warna purple lagi. Macam cantik sangat~
Tak nak guna pun, saja nak cuba-cuba :p

June 10, 2010

Kecoh~


Semua kecoh pasal result.
Apa aku dengan Nadia buat?
Movie marathon. Haha.
Kawan-kawan, buat bodoh sudeyh~

p/s: Kawan Dean kat Mascom dapat 3.95!

June 8, 2010

Cuti Semester~


Cuti semester aku dah nak habis. Tak lama dah.
Next week dah ke Penang balik. Selasa dah balik.
Tak banyak keluar pun cuti semester kali ni.
Menghabiskan masa dalam rumah dan dengan Akmal.
But there's a lot of memories been created :)

Aku main lego dengan Akmal. Yang hujung tuh taman bunga dia.
Sebelah dia ada benda putih macam huruf L adalah tandas :p
Depan tandas ada dapur. Yang suku bulatan tu meja makan.
Benda lutsinar sebelah kiri adalah tv. Haha. Dan sebelah tu bilik tidur~

Aku membawa 3 anak kecil ni ke Alamanda. Tengok Shrek.
Muka pale giler. Macam tengah pantang lak. Haha. Qimi, Akmal, Ujai.

Akmal berjaya habiskan 3 ketul ayam Black Pepper Crunch
dan satu cheezy wedges yang besar. Haha. Bahagia je muka~

Ni time balik kampung. Tayar kereta pecah. Teruk sangat.
Nasib semua selamat. Terima kasih orang PLUS :P

Misi balik kampung nak tengok budak kecik ni jeh. Nayli :)

Kegilaan semasa cuti semester di'havoc'kan dengan sesi karaoke.
Geng satu kepala time sek kat SMK Sek 5, Wangsa Maju.(bkn S.Alam!)
Kiteorang lepak Wangsa Walk Mall sampai petang. Haha.

Ini cousin saya. Nurzawani. Sebelah ayah. Dia hot di Facebook :p

Dari kiri, Farah, Hanis, Wani, Sheza, Deeba, Hasmiera. Friends forever :)

Ini di tempat wayang dengan adik Nadia_Ikan, Hanan yang comel.
Ekspresi muka dia sangat comel. Pegang perut Shrek. Haha.

Farah_ulat, Hanan, Nadia_ikan. Sayang awak sangat!

Last picture, Danish, anak sedara si jejaka. Haha.
Time dapat picture ni memang aku gelak guling-guling.
Sebab si jejaka cakap, 'Tengok jari Danish.
Dia order susu ais satu kat mamak,' Haha!

June 7, 2010

Domino~



BANANA KAYA DESSERT~
Sumpah sedap perisa nieh. Seriously!
Korang patut try. Ni pun akmal yang suggestkan.
Haha. Oh, aku berada di rumah Teh.
Teh tengah tunggu nak bersalin. Perut teh besar!
Tadi Akmal cakap kalau baby girl tu dah keluar,
kiteorang kena panggil dia ABANG CHIK :p

June 4, 2010

Totemo OISHII desu!


Hari ni genap 4 hari ibu gi kursus.
So, tugas memasak semua, aku kenala buat.
Hari ni, tengah sibuk berceloteh dengan Nadia,
dia bagi idea suruh buat Nasi Lemak.
Simple sangat, tak lama pun nak buat :p
Hahaha. Nasib sedap sebab 1st time buat!

Cara nak masak nasi lemak:
Korang masak nasik cam selalu.
Masukkan santan agak-agak tenggelam.
Masukkan air sikit.
Masuk halia yang dah potong nipis.
Bawang sikit, daun pandan, minyak.

Cara-cara nak buat sambal kosong:
Macam biasa buat sambal yang ibu ajar.
Bawang segala macam, masukkan cili.
Tambah asam keping/asam jawa.
Masukkan perasa, siap!

Nak sedap lagi, rebuslah telur.
Potong telur guna IKEA nyer tempat potong tuh.
Comel jer kecik-kecik sama saiz :p
Kemudian, potonglah timun.
Gorenglah ikan bilis and done!

Alhamdulillah, walaupun tak suka masak,
tapi ada jugaklah aku rajinkan diri untuk masak.
Orang lain mesti rasa senang je nak buat kan.
Tapi aku baru belajar :)