Teh datang lagi. And this time, Izatul dah besar.
Hero kesayangan aku pulak dah patah beberapa gigi depan dia.
Izatul juga dapat tido bersama Bonbon pemberian si Ikan.
Hehe. Sempatlah bagi Teh buah tangan dari Melaka tu.
Gula melaka sikit, inang-inang sikit, belacan sikit.
Well, aku teman Akmal baca komik Kampung Boy.
Lama dah ayah beli buku ni untuk kiteorang baca kecik2 dulu.
Boleh kata most of the illustration dalam ni, Akmal dapat teka.
Although dia cam mainan dulu-dulu and benda dulu-dulu lah.
Macam main guli, upih pinang, galah panjang, konda kondi.
So, camane Akmal leh tau? Adakah kerana aku yang bagitahu?
Ouh, tentulah tidak. Tapi semua ni sumber dari Upin & Ipin.
Congrats to Les Copaque yg dah berjaya educate kanak2 Malaysia.
And, humor dalam cerita ni pun boleh buat aku terbahak-bahak.
Sama keadaannya masa aku pi tengok cerita Cun si Maya Karin tu.
Ha, pi tengok pi Cun tu. Bawak ramai-ramai. Baru gelak happening sikit!


