Dah dekat
21 tahun hidup di bumi Allah, Alhamdulillah.
Banyak benda dah jadi dari kecik sampai sekarang.
Dari tadika, sek rendah, sek menengah dan universiti.
Dari tak reti nak berfikir sampai dah penat nak fikir.
Gembira, suka, gelak, tawa, riang, bahagia.
Siapa yang nak lupa bila dah rasa macam ni.
Kalau boleh nak
record pada setiap masa.
Tak nak lupa satu pun sebab sangat beharga.
Sedih, menangis, terasa, menyakitkan hati, duka lara.
Siapa yang nak ingat bila dah rasa macam ni kan.
Tak nak record pun, siap
nak permanently delete lagi.
Tak nak ingat satu pun sebab tak berguna.
Tapi tak aci lah kalau asyik nak bahagia dan gembira je.
Nanti macam tak stable kan.
Berat sebelah pulak.
Trylah to accept the other side of life, yang tak seronok tu.
Cuba menerima dengan hati yang sangat sangat terbuka.
Sebab, bila kita menerima yang tak syok sangat tu,
Kita sebenarnya tengah mencabar diri kita sendiri tau.
Untuk
menjadi orang baru yang orang lain tak jangka :)
P/S: For you, just stop from hating me.
Sebabnya
I neeever hate you pun. Chill lah :)