Pages

June 30, 2010

Almost DONE!


Tarikh kejadian, 30 Jun 2010.
Masa, 10.02 malam. Situasi, semua pelajar dah blah.
Yang tinggal Pemimpin Mahasiswa sedang penuhkan LP.

Apa yang akan terjadi lepas ni? Haha.
Zaty cakap nak joget cam ultraman uh ramai-ramai.
Tadi Rafiq pulak datang kecoh-kecoh pasal Basir.
Semua dah tak sabar nak habiskan minggu ni.
Minggu Destini Siswa yang pertama untuk UiTM.
Ditukar nama dari Minggu Mesra Siswa.

Malam ni akan diadakan spotcheck. Haha.
Bersedialah Mahasiswa baru. Memang kiteorang all out!

June 25, 2010

On the Day~


Kursus Pembantu Minggu Destini Siswa.
Dah tukar nama dari Mesra ke Destini.
It was fun. Sama macam sebelum-sebelum ni.
Although tempat bertukar last minute,
dari Terengganu ke Shah Alam, but it still fun!
Explorace, LDK, pecahkan kepada biro.

And like the previous semester,
aku jadi Biro Majlis dan Protokol lagi.
Amazing sebab Biro Protokol ramai semester ni.
Ada 13 ahli, 3 senior termasuk aku.
Pembantu Mahasiswa 150 orang sahaja.
Intake untuk UiTM Penang, 4000 orang. Hu~

Esok dah start hari pendaftaran pelajar baru.
Doakan yang terbaik untuk aku dan kawan-kawan.
Mahasiswa.. Destini!!

June 17, 2010

Oh, Scholarship :(


Susah nak cari scholarship. Sangat susah untuk aku.
Nak cari yang ke arah Hotel Management pun susah.
Nak cari berdasarkan result SPM lagi lah susah.
Aku bukan pelajar pintar cerdik pandai bagai pun.
Sangat buntu untuk mencari biasiswa.
Dan sedih dengan berita ni. Adoy.

Emel, Teyha, korang macam senang je cari biasiswa.
Aku nih, masih terkapai-kapai. Aku tak layak JPA..

June 15, 2010

Menjahit~


Sejak Anis dah besar dan tinggi macam aku,
semua baju dia dah kena bagi orang lain.
Ada jugak yang dia buang. Tu lah, besar sangat.
Aku berjaya menghasilkan 2 buah beg
dengan baju yang Anis buang tu. Hee.
Usaha jugak buat walaupun hasilnya biasa aja.

Yang kat bawah ni contoh je. Tapi bentuk lebih kurang.
Warna hitam merah dengan hijau gelap.
Aku bukan pandai nak jahit-jahit pun.
Jahit pun guna tangan, bukan mesin. Haha.
Next semester aku pakai, korang tengoklah.
Hasil kerja aku yang sangat messy~ Haha.

Adik-adik~


Salam. Aku membawa adik-adik meronggeng lagi.
Kali ni, pergi shopping mall depan sekolah aku dulu.
Wangsa Walk Mall yang popular dah sekarang ni.
Haha. Sampai ada orang Shah Alam pun teringin!
Kalau nak tau, design dia sama dengan Quensbay.
Panjang, besar, dan ground floor dia memang serupa gila

Aku bawak Amir dengan Anis. Hadi dah balik asrama.
Anis nak tengok Kecoh Betul. Amir nak tengok Karate Kid.
So daripada bergaduh, tengoklah dua-dua.

Dan aku belanja mereka makan Pizza Hut.
Amir nak benda ikan yang macam fish finger tuh.

Juga aku belanja t-shirt Amir 2 helai.
Anis main benda pasir-pasir uh. Budak-budak.
Dan hasil kerja dia sangat buruk. Haha.
Dia cakap semua jadi biru sebab tinggal dalam air~

Itulah hariku bersama adik-adik.
Kursus Pembantu Mingu Mesra Siswa menanti aku.
Kali ni buat kat Terengganu pulak.
Boleh cari baju raya sekali. Haha.