Pages

September 11, 2013

Mutiara.

Sungguh
Sampai rasa dinding acuan kepala
Tak dapat ditafsir
Ungkitan yang mungkin berbunga
Atau khayalan menutup cela
Hampir jatuh mutiara
Kerana syak wasangka
Ligat memutar pita
Apa kehendakmu
Apa makan minum mu
Sementara aku
Terus jatuh
Bersama mutiara

September 8, 2013

Kerna.

Betul
Datang jarang-jarang
Sampai kita boleh membilang
Tapi kerana hajat
Agenda terpacul
Isi hati terluah
Hampa
Kerna baik isi kerna kuku
Kerna ikut resam padi

September 7, 2013

Petah.

Tak kisahlah
Kalau dunia yang lemah pun
Masih mampu berputar
Sekuat bisikan-bisikan
Yang halus cuba menggapai
Terima lah kasihku
Hambar
Likat
Namun kenyataan terang
Menyuluh semua

Kawan
Satu kata petah berbicara
Tikamannya tak pernah diduga
Mengukir tawa
Memberi rasa
Terimalah

September 6, 2013

Health.


Tipulah kalau kata aku tak pernah makan supplement apa-apa untuk buat diri ni sihat. Konon nye lah. Tu belum lagi dengan pencubaan berani mati untuk guna semua produk yang ada kat farmasi dan internet. Ubat resdung, Catalyst, Dunia Herbs, etc etc. Dan Alhamdulillah, by consuming this supplement, aku rasa I am getting better.

Senggugut dulu tak payah cakap teruk dia sampai rasa nak berguling, menangis, semua ada. Dan perubahan ketara lepas makan ubat ni sebab aku tak sedar pun 'period' sbb tak sakit langsung. Hal macam kelemumur ke, rambut gatal ke, yelah sebab kan pakai tudung kadang-kadang terlepas pandang, memang sehari je boleh nampak beza dah kurang.

Belum cerita black head white head segala head yang time study dulu bercerambah banyak tak pernah nak jaga, yang reti beli mask kat Watson guna sampai habis berkotak-kotak, lepas tu jadi even worst. Ni sekarang nampak lah jugak beza dari dulu.

Bersyukur sangat. Semua orang ada pandangan masing-masing. Tapi untuk aku, this is a great match for me. Thank you TREENEA. Thank you Allah sbb bagi saya sihat dari semalam :)

September 4, 2013

Hectic.


Sumpah hectic days betul. Kena perah otak untuk event padahal yang organize pun baru setapak dua nak belajar. Alhamdulillah. I am glad to be with this awesome team although there are many circumstances that we need to face. Dan trip dengan Ikan sememangnya lebih awesome bila dapat sama-sama jatuh bangun untuk buat yang terbaik dan makan 24/7 sampai semua pun heran kenapa kiteorang tak boleh nak berhenti kunyah. Haha. Gemok bersama, mari.