Pages

February 28, 2012

Wake Up Call.


Petang tadi aku gi Jalan TAR cuci mata tengok tudung. Patung-patung yang display tudung tu semua ada sangul besar sangat-sangat dekat atas kepala. Aku tak suka tengok orang pakai macam tu. Aku dan Nadia rasa mereka tu macam dari komuniti Alien. Oh aku sempat selak bawah tudung yang patung tu pakai. Orang kedai tu kepal-kepal kertas baik punya besar, lekat kat belakang kepala patung tu. Hebat.

Lepas melantak laksa pukul 2.30 am tadi, aku terbaca entry baru daripada Abang Nasyid. Korang boleh rajinkan diri sekejap baca entry yang Abang Nasyid tulis. #Link. Rajinkan diri jugak untuk tengok video tu sampai habis. You won't regret it. Seriously.

Terkedu sekejap aku lepas dengar penjelasan tu. Yang paling sentap bila dia cakap pasal waktu kahwin tu. Yelah, sekarang kan trend macam-macam dah. Aku sendiri pun still jahil dalam bab-bab ni. Kadang kalau dah malas tu memang aku buat ikut suka hati sampai terlepas pandang apa yang penting.

Nak berubah susah. Tapi aku rasa untuk berkongsi tak susah mana kot kan? Kita buatlah mana yang mampu. Sikit-sikit lama-lama jadi baik :)