Pages

June 26, 2012

Finale.


Semakin dekat bendanya, semakin banyak benda yang terjadi. Terhenyak duduk di kerusi sambil terbayang benda yang lebih baik yang mungkin boleh terjadi.

Cepat-cepat Istighfar. Tak boleh fikir macam tu. Berbalik pada realiti hidup, semua benda yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin terasa lelah kerana jauh dari semangat selama ini.

Cuba tersenyum. Untuk keluarga, Ikan, Tuan Bella, kawan-kawan dan sesiapa yang mungkin akan mengambil berat. Berharap ada pelangi yang akan muncul setelah hujan di pagi hari.

Apa yang mampu, berdoa. Dan bersabar. Yang sakit, cepatlah sembuh. Yang bergaduh, cepatlah berbaik. Yang bersalah, cepatlah meminta maaf. Yang bersedih, cubalah gembira.

Buatlah yang terbaik untuk peperiksaan akhir. Walaupun bila dihitung boleh tahu apa keputusan akhirnya.

P/S: Alangkah indah jika kehidupan Diploma boleh dikekalkan sahaja.