Sungguh
Dalam segalanya yang ada
Aku terpaku terhenyak seketika
Mengapa daun yang gugur
Disalahkan cuaca
Jika bukan ranting dan dahan
Berpaut setia
Tak perlu menyalahkan cuaca
Padahal dia seperti biasa
Mengapa ketepikan ranting dan dahan
Hanya kerana berisi sekarang hendaknya
Aku pasrah
Walaupun aku tahu
Engkaulah ranting dan dahan
Yang aku akan selalu gapai
Walau cuaca menerjah laju
Hingga aku terduduk malu