Pages

August 16, 2010

Raja Zulaika Zahrin~


Merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata,
yang akan mengakibatkan bisul kecil yang berkembang.
Puncanya adalah disebabkan oleh kelenjar minyak
yang terletak berhampiran dengan kelopak mata, tersumbat.

Antara penyebab utama adalah:
1) Tekanan
2) Pertukaran hormon
3) Diabetis
4) Kurang vitamin dalam badan
5) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan

Raja Zulaika Zahrin, KETUMBIT aku,
tak ada kena mengena dengan mengintai k!!

August 15, 2010

Decision


I am not a strong and good decision maker.
And right now I am the leader for Event-Charity.
But still, the decision is not fully from me myself.
Why? Because that is who I am, that is Farah.
I am not a good decision maker in one organization.

And last Thursday in Event Management class,
I've been scolded by En Fairuz because of this.
I do not make any decision yet bout the date, place.
And looking at some friends who agreed with En Fairuz
and just nodding their heads in front of me,
shows that I am really a weak leader.
And people won’t respect me anymore.

While being scolded, I just cant hold my tears anymore.
Glad having Shaz besides me with her hands holding mine
just give me a little hope to remain strong and calm.
While having the little meeting after class,
with the non respect situation towards me, myself
really bring me down, really down, down, down.
And I know that the problem is me, my attitude.
I need to start doing the decision just like others did.

And this morning, I have made one decision.
That will affect the whole life of Farah.
I don't need any other problems apart from study.
And I am still a kid among my friends, classmates.
And I am not capable to handle lots of stuff in 1 time.
I hope this decision will help me, Insyaallah.

p/s: Not all of the beloved friends and classmates will know
about the decision because I can't easily believe anyone.
And I also don't know if I can stay with the decision~

August 10, 2010

For Now,


1) Dah settle dengan Jab Keb Masyarakat.
Tunggu mereka faks kan list name sahaja.

2) Dah call sek teknik SP2. Dah dapat no ketua panitia.
Insyallah akan update dari masa ke semasa kpd Marie.

3) Baju sebab mandi laut kat perhentian dah basuh.
Tunggu untuk dilipat, tak larat sebab banyak.

4) Test law esok pulak. Tutor 2 pun tak siap lagi.
Malam ni Wiwin ajak study group kat rumah dia.

5) Tak confirmkan dengan bazar Ramadhan lagi.
Plan nak jual Oblong untuk dapatkan kutipan lebih.

6) Duit hutang trip Farith dah kurang jadi Rm130.
Insyallah dapat bayar sikit-sikit memandangkan dah puasa.

7) Hadiah hari jadi Nadia dah beli. Comel sangat.
Zeyra Yang pun beli hadiah yang sama. Harap Nadia suka.

8) Esok dah start puasa. Si Jejaka ajak rajin terawikh.
Alhamdulillah, aku akan follow budak2 rumah nanti.

9) Cik Shah call banyak kali time Gathering Hotel.
Ajak bebuka dengan dia hujung minggu ni. Yeay!

10) Selamat Berpuasa untuk semua. Kena kerja kuat sikit.
Time huha untuk Islescape dah sudah. One Hope One Love lak!

August 3, 2010

Teruja!


Time class sales and marketing semua blur.
En Ahmad sampai marah2, emo2 kat hoteliers.
So aku bagi sebabnya yang aku pasti itulah sebabnya.
Semua dah tak sabar gi PULAU PERHENTIAN esok!

Haha. Dengar citer semua nak melaram sakan kat sana.
Shades baru, topi baru, Aqua shoes baru, semua lah.
Yang banyak duit tuh, belilah baju, seluar, makanan.
Semua dah tak sabar nak gi snorkelling nanti. Haha!

Aku tak plan nak buka tudung pun time mandi laut.
Plan dengan Yana pakai selendang dengan baju hitam.
Time snorkelling, pakai track suit je.
Jadilah. Selesa jugak macam tu pun kan.

Mengikut tentatif, esok tengahari bertolak ke Terengganu.
Singgah UMT untuk tidur semalam dulu.
Next morning terus naik bot gi Pulau Perhentian Besar.
Tengahari dah ada explorace, malam ada truth or dare.

Sabtu pagi, ada pactice snorkelling area chalet.
Tengahari ke petang dah start snorkelling yang extreme.
Haha. Malam ada bbq. Bestnya ada Prize Giving Ceremony.
Tema malam tu baju floral memandangkan ada award.

Ahad pagi gi hiking kat area perhentian besar.
Tengahari dah bertolak balik UiTM Penang. Haha.
Tak sabar nak have fun ramai-ramai dengan hoteliers.
Next sem dah practical, so ni lah masanya bergembira!

Apa-apa pun doakan keselamatan aku dan hoteliers.
Event ni bukan untuk suka-suka sementara tunggu puasa.
Tapi ini untuk event management kiteorang.
Kelancaran program adalah sebahagian daripada markah.
So, wish us luck and lets have fun hoteliers!

p/s: Nadia_ikan, sy cari hadiah bday awak kat sana tau!

July 29, 2010

Nak mati?


Tau tak Mc Donald Perda yang dekat dengan Mutiara?
Semua pun dah duduk luar kan, mesti tau.
Penah tengok budak-budak UiTM nak lintas jalan?
Mesti pernah kan, sebab kadang-kadang kita pun lintas.

Topik utama entry kali ni,tak kenal bahaya, tak penyabar.
Semua sebab insiden petang tadi lepas kelas event management.
Giler lah 4 orang budak-budak UiTM nieh. Berani mati!
Sorang laki pakai jaket Elektrik, bawak beg Pembantu Mahasiswa!
Tak menyabar, sampai tunggu tengah-tengah lane.
Alah, kan ada dua lane, dia gi tunggu yang tengah-tengah uh!
Padahal, kereta dok berpusu-pusu datang. Tak sedar ke?!

Sorang lagi budak Komander. Pakai baju batik pulak.
Tapi sayang, tak ada disiplin. Gi mengekor budak elektrik tadi.
Sebab confident sgt, minah yang pakai jaket Elektrik pun follow.
Dok mengekor bontot si Komander tadi, konon dapat lepas.
Sampai dieorang bertiga, 3-4 kali kena patah balik!

Lagi sorang budak pompuan pakai baju kurung hijau.
Dia confident nak lintas, ada kereta laju datang.
Memang giler laju arh, sampai aku istighfar dari jauh.
Nasib baik dia sempat patah balik. Kalau tak, Wallahualam.

Korang tau tak kereta kat area McD ngan ABC Corner tu laju.
Sangat laju, lagi-lagi kat area simpang, lagi sibuk jalannya.
Budak-budak ni aku tak tau reti tak bahaya tu ape.
Kalau boleh lepas turun bas, nak tunggu belakang bontot bus.
Budget cam nak lintas terus, padahal lepas bus dah blah,
Dieorang sebanarnya berada di tengah-tengah jalan.
Dan lawak sangat bila tak ada kesedaran untuk patah balik,
But keep going tunggu kat tengah-tengah lane tuh.

Salute habis budak-budak UiTM sebab kita still juara!
Bab-bab benda pelik-pelik ngan benda tak berapa nak elok camni,
Kita memang akan sentiasa mendahului. Tahniah!
Nak lintas jalan pun, tak berapa nak guna akal yang dah ada.
Tunggu je lah jalan lengang sikit, tak ada masalah pun kan.

Lagi satu yang lawak pasal insiden nak lintas jalan petang tadi,
Dieorang berempat kan kelam kabut sangat nak lintas jalan,
Aku ingat ada hal penting sangatlah nak kena buat.
Tiba-tiba terpacak muka sorang-sorang kat kedai kuih.
Oh, lintas jalan cepat-cepat takut kuih habis rupanya?
Kesian, kuih lagi penting dari nyawa. Ingat nyawa tu 2 RM1?