Pages

April 10, 2014

Sedar.

Drama ria bagai raja
Betul ini pentas baginya
Menabur kata menabur drama
Drama ria
Tanpa hela
Tanpa kata
Tanpa rasa
Semua kau damba
Mengekek ketawa
Mengadu domba
Bertepuk manja

Cukup
Cukup
Cukup

February 27, 2014

Jatuh.

Yang pertama
Mencari dia
Lega hela
Masih ada
Ditarik dari bencana
Dipegang dari nestapa
Terima kasih
Jatuh satu
Tapi aku tau
Jauh di sudut itu
Cahaya ada
Terang sahaja
Kamu

February 3, 2014

Selamat.

Tahun baru datang lagi
Kau kau dan engkau
Setialah sejati
Kawan sampai mati

Alhamdulillah

Leka.

Sungguh
Dalam segalanya yang ada
Aku terpaku terhenyak seketika

Mengapa daun yang gugur
Disalahkan cuaca
Jika bukan ranting dan dahan
Berpaut setia

Tak perlu menyalahkan cuaca
Padahal dia seperti biasa
Mengapa ketepikan ranting dan dahan
Hanya kerana berisi sekarang hendaknya

Aku pasrah
Walaupun aku tahu
Engkaulah ranting dan dahan
Yang aku akan selalu gapai

Walau cuaca menerjah laju
Hingga aku terduduk malu

January 13, 2014

Rasa.

Boleh rasa bencinya banyak mana.
Boleh rasa tak kisahnya banyak mana.
Boleh rasa.

Terima kasih kawan.