July 30, 2011
Berakhir.
Pagi tadi Wangsa Maju hujan. Rintik-rintik sekejap, lebat sekejap. Tapi sampai ke tengahari terus hujan.
Masjid Wangsa Melawati dah penuh orang. Aku, ibu dan ayah pun turut serta. Jenazah Wardah akan dimandikan, dikafankan dan disembahyang di sini.
Pilu. Hiba. Sebak.
Waktu Widad genggam tangan aku dan tersedu-sedu. Waktu tengok wajah Wardah buat kali terakhir sebelum dikafankan. Waktu jenazah diangkat dan diletakkan di dalam van jenazah.
Aku dan Ida teman Widad cium Wardah buat kali terakhir. Aku menangis jugak. Sebab keadaan fizikal Wardah lain selepas rumah dia terbakar tu. Lain sangat.
Astaghfiruallahal'azim
Terkilan sebab tak dapat turut serta ke kubur. Tapi cukuplah dengan kehadiran aku dan keluarga tadi. Semoga Wardah ditempatkan dikalangan orang beriman, Insyaallah.
July 29, 2011
29 Julai 2011.
Pukul 6.40 petang. Hospital Kuala Lumpur. Wardah disahkan meninggal dunia.
Innalillahi Wa Innailaharojiun.
P/S: Seorang lagi sahabat telah bertemu denganNya.
July 28, 2011
Bencana.
Hari tu ibu telefon banyak kali tanya ada dengar bomba, polis dengan ambulans tak dekat kawasan rumah tu. Aku dengan yakin berkata tidak. Yelah tengah bergelumang dengan butter, telur dan mixer di dapur, memang tak dengar lah.
Sekali lagi ibu call, aku dengan kaki ayam keluar rumah suruh ibu dengar sendiri. Heh, tak ada bunyi apa pun. Ada dengar adik si Hasif sebelah rumah tengah nyanyi lagu Lazy dengan semangatnya aje.
Ibu tak puas hati call lagi suruh aku gi tengok row belakang rumah aku, nampak tak segala jentera hebat tu. Yes, setelah disiasat, ada satu kereta bomba yang besar, 2 polis naik motor aje dan ambulans lampu lip lap tanpa bunyi.
Itu rumah Aizatul Widad dan Aizatul Wardah.
Kawan sekolah aku dulu. Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya.
Rumah atas dieorang terbakar. Bilik belakang tu, Wardah duduk. Dia main dengan api lebih kurang macam tu, pastu terbakar, pastu kena kat dia. Belakang badan dia terbakar. Almost 90%. Tangan kanan dia pun kena. And doctor suruh potong sebab nak elak kena Gangrene.
Gangrene is a serious and potentially life-threaring condition that arises when a considerable mass of body tissue dies (necrosis) - Wiki.
Dan rupanya..
Wardah sakit. Dah lama dah. Dia tak dapat belajar. Ada benda kacau dia. Mungkin di luar kawalan dia untuk start up the fire sampai jadi macam ni. Kesian kat dia, dah tak sihat, ditambah bencana macam ni pulak.
Teringat dulu-dulu..
Aku, Reniqa, Ida, Maisarah, Widad main masak-masak. Sikat-sikat rambut, main mekap-mekap. Jual aiskrim, bukak kedai tipu-tipu depan rumah, main Rounders kat padang. Pastu Wardah datang nak join jugak. Wardah muda setahun. Kadang-kadang kiteorang malas nak layan. Hehe.
Semoga family Widad terus tabah menjaga Wardah. Semoga Wardah cepat sembuh.
P/S: Ibu cakap Wardah cantik, pandai, lengkap semua.
July 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)