June 29, 2012
Kalau.
Setiap gerakan dan langkah yang diambil, penuh dengan risiko yang sangat besar. Risiko untuk ditinggalkan dan untuk berjauhan demi alam yang baru. Tetapi, andai pernah membenci, lihatlah balik perjuangan ini dari sisinya. Lihat betapa banyak pengorbanan yang telah dia lakukan semata-mata untuk memastikan keluarganya mendapat yang terbaik. Mungkin banyak tomahan dan kata-kata yang telah dilemparkan sepanjang perubahan dia kepada dia yang baru, itu tidak termasuk kehidupan sosialnya yang menjengkelkan, tapi percayalah bahawasanya dia masih dia yang sama. Dia masih makhluk Allah yang sama, yang lembut hatinya, yang manja luar dalamnya.
Andai dia pernah merobek hati kalian, memaksa air mata jatuh ke pipi, maafkanlah dia. Pertemuan yang julung-julung kali dalam keadaan yang kurang menggembirakan amat di luar jangkaan. Tetapi ketahuilah sedikit sebanyak mampu mengubat rindu, bukan?
Aku percaya pada doa dan kasih sayang seorang sahabat. Dan begitu juga aku percaya pada keutuhan persahabatan kalian. Aku bangga kalian masih mampu berkumpul bersama walaupun dalam lubuk hati penuh dengan perasaan geram membunuh diri.
Aku pohon, sayangi dia..
Dia bukanlah jenis memaksa.
Dia bukanlah pakar penunjuk rasa.
Dia bukanlah sahabat terbaik untuk berbicara.
Tetapi, ketahuilah..
Hanya ada satu dia.
June 26, 2012
Finale.
Semakin dekat bendanya, semakin banyak benda yang terjadi. Terhenyak duduk di kerusi sambil terbayang benda yang lebih baik yang mungkin boleh terjadi.
Cepat-cepat Istighfar. Tak boleh fikir macam tu. Berbalik pada realiti hidup, semua benda yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin terasa lelah kerana jauh dari semangat selama ini.
Cuba tersenyum. Untuk keluarga, Ikan, Tuan Bella, kawan-kawan dan sesiapa yang mungkin akan mengambil berat. Berharap ada pelangi yang akan muncul setelah hujan di pagi hari.
Apa yang mampu, berdoa. Dan bersabar. Yang sakit, cepatlah sembuh. Yang bergaduh, cepatlah berbaik. Yang bersalah, cepatlah meminta maaf. Yang bersedih, cubalah gembira.
Buatlah yang terbaik untuk peperiksaan akhir. Walaupun bila dihitung boleh tahu apa keputusan akhirnya.
P/S: Alangkah indah jika kehidupan Diploma boleh dikekalkan sahaja.
June 20, 2012
June 18, 2012
Tidak.
Dear you,
I am not changing drastically. I am just making the things right again. I do not want the misunderstanding between us lead to the wrong way. I just want you to understand that, I can be your good friends. But please, do not get other emotions attached with it.
Yes, you are great human being. You are a good friend and a good listener. Previous month had been one of the best moment for our friendship but I guess not for this month. Just learn from the lesson. I bet Allah had something that He want to show to us, Insya Allah.
I cannot change myself to fit the environment that our friends had created. I am sorry.
P/S: I know you are going to read this.
Subscribe to:
Posts (Atom)
