Pages

April 24, 2014

Makin.

Lama-lama dipaksa, makin teruk dirasa
Bukan paksa sahaja, malah cuba sedaya upaya
Layakkah semua ini terjadi sekali lagi
Walaupun hati diketuk-ketuk sampai terduduk sendiri

Senang tutur kata dilontar disebar
Macam apa yang ada tak pernah tersangkut di hati
Bukan yang utama yang dipinta, bukan
Tapi teriak ketawa riang dengan segala kejadian
Atau makin benda tersimpul rapi tiada hujungnya
Makin selesa menendang rencana minda seorang diri

Susah untuk dicari gali sedalam-dalamnya
Apa di bayangan adakah jelas tertanya sama
Makin banyak ditemui, makin silau cahayanya
Makin silau cahayanya, makin berani membawa diri bersama