Pages

April 23, 2014

Pernah.

Pernah kau rasa seronok nak bercerita
Sebelum kau lupa semua mainan jiwa?
Pernah kau rasa teruja mahu berbicara
Sebelum kau lupa dia tak pernah merasa?
Pernah kau cuba untuk berada di situ sekali lagi
Sebelum kau lupa tak ada yang pernah peduli?

Kau berkata
Dan terus berkata-kata
Laju meluncur semua yang dirasa
Tapi kisahkah kau sebenarnya dengan dunia
Kisahkah kau sebenarnya dengan keadannya

Sekejap diatas berkata ya
Tiba-tiba di bawah senang berpusing katanya
Kau lengkap ada segala
Kiri kanan penuhi jiwa raga

Sambil kau muntahkan kata
Kau lupa bekas yang sama
Sudah penuh dengan bicara
Kau lupa hati yang sama
Sudah keras jentik tak dirasa