Lama mana mungkin kau tahan
Tempatnya sama
Kesannya sama
Puas menggaru hingga selesa
Tapi mungkin kau lupa
Dari situ darahnya jua
Dari situ pedihnya tiba
Dari situ sakitnya sentiasa
Seperti tersepit dengan segala
Mahu bertahan takut terngadah
Mahu teruskan takut mendalam
Apa sebenarnya
Apa ceritanya
Senyuman tika ini
Mungkin pembantu satu diri